Friday, 24 June 2016

lirik lagu takperlu puitis

kagum dengan yuna bahasaanya ringkas tapi berkesana yuna tidak menggunakan leksikal gramatis atau bunga-bunga tapi ayatnya memukau.. seperti bernafas dalam air.. utk menunjukkan sengsara begitu juga dengan penulisan.. tidak perlu bahasa tinggi.. tapi ayatnya menangkap dan memukau

Monday, 20 June 2016

dr khairl idham

dr kahiril merupakan penulis cerpen yang saya kagumi.berkelulusan ijazah perubatan daripada rusia

telaga....

dimanakah telaga saya dalam mengarang cerpen ini.. apakah ilham yang mencetuskan idea terhadap tema cerpen saya. ilham oh ilham... mungkin terlalu banyak sumber ilham. tapi ilham bagi saya adalah pemergian ibu saya.bukan tujuan merintih atau meraih simpati tetapi menjadi norma kepada penulis alami untuk menulis berdasarkan apa yang berlaku disekitarnya. namun cerpen saya tidaklah menulis secara 100 peratus tentang apa yang berlaku.idea pertama sahaja sama,namun jalan cerita semuanya hanya rekaan.apa yang benar terjadi hanya 10 peratus terakam dalacerpen saya.

kekuatan cerpen saya

saya tidak menggunakan bahasa yang indah-indah. saya tidak menggunakan isu-isu yang besar dan berat. saya juga tidak menyelitkan fakta-fakta ilmiah tetapi kekuatan saya adalah teknik yang saya gunakan dalam menyampaikan plot cerita.plot cerita saya adalah belakang ke depan.selain itu,jalan cerita berkembang dengan pelbagai persoalan timbul. saya timbulkan pelbagai persoalan kepada pembaca dari awal cerita hingga pertengahan cerita.cuma akhir cerita menguraikan segala persoalan. latarbelakang watak utama juga tidak diceritakan secara terus tetapi dengan menyelit di tengah cerita. tema saya ialah penyesalan seorang anak.saya perlukan kisah anak dan ibu yang mampu memancing emosi pembaca sehingga mereka dapat rasa betapa penyesalan watakutamika terhadap ibunya. apabila pembaca membaca cerpen saya,mereka terus dihidangkan elemen saspen.selepas itu,pembaca akan mula ingin mengetahui tentang latar belakang watak utama dan latar belakang waktu kejadian. selepas itu,saya menggunakan teknik flashback.saya mula mengimbau kembali tentang sikap watakutama terhadap ibunya yang amat biadap sehingga mampu membuatkan pembaca sama-sama merasai penyesalan yang dialami ketika ibunya meninggal

Saturday, 11 June 2016

mukaddimah

Lega rasanya hati apabila kakak menafikan dakwaan abang long.ia sangat mengejukan dan mencetuskan kekalutan di fikiranku.Abanglong sengaja hendak berbuat saspen.abanglong terlalu emosional.abanglong sengaja hendak tarik perhatian ramai.kalau kakak tidak menyatakan ibu masih stabil,pasti semua pantas pulang.Aku pasti tinggalkan segala urusan penting buat aku di kota.tapi,aku takpercaya kata-kata abang long. teringat aku abanglong masa ketika ayah aku terlantar di katil.aku menangis teresak-esak.aku hendak pulang serta merta dan berada disamping ayah.aku ingin menebus segala kesalahan diri aku.Tapi bila aku pulang mendapatkan ayah disisi,ayah kelihatan sihat dan tidak apa-apa.Ternyata abanglong terlalu emosional.Aku sanggup ambil cuti segera semata-mata untuk pulang ke kampung.Aku meneyesal kerana terburu-buru.tetapi dalam masa yang sama aku gembira dapat melihat wajah ayah.Saat aku terlihat kelibat abanglong,terus aku rentap tangannya dan aku terus meluahkan kata-kata kesal aku terhadap sikap abanglong yang menyatakan ayah nazak sehingga menyebabkan aku pulang serta-merta.Segala urusan aku di kota semuanya tergendala.