Monday, 20 June 2016

kekuatan cerpen saya

saya tidak menggunakan bahasa yang indah-indah. saya tidak menggunakan isu-isu yang besar dan berat. saya juga tidak menyelitkan fakta-fakta ilmiah tetapi kekuatan saya adalah teknik yang saya gunakan dalam menyampaikan plot cerita.plot cerita saya adalah belakang ke depan.selain itu,jalan cerita berkembang dengan pelbagai persoalan timbul. saya timbulkan pelbagai persoalan kepada pembaca dari awal cerita hingga pertengahan cerita.cuma akhir cerita menguraikan segala persoalan. latarbelakang watak utama juga tidak diceritakan secara terus tetapi dengan menyelit di tengah cerita. tema saya ialah penyesalan seorang anak.saya perlukan kisah anak dan ibu yang mampu memancing emosi pembaca sehingga mereka dapat rasa betapa penyesalan watakutamika terhadap ibunya. apabila pembaca membaca cerpen saya,mereka terus dihidangkan elemen saspen.selepas itu,pembaca akan mula ingin mengetahui tentang latar belakang watak utama dan latar belakang waktu kejadian. selepas itu,saya menggunakan teknik flashback.saya mula mengimbau kembali tentang sikap watakutama terhadap ibunya yang amat biadap sehingga mampu membuatkan pembaca sama-sama merasai penyesalan yang dialami ketika ibunya meninggal

No comments:

Post a Comment