Saturday, 6 August 2016
novel kegemaranku
Sinopsis Konserto Terakhir Bab 1 hingga 14
Sinopsis Bab demi Bab
Sinopsis Bab 1
–
Keluarga
Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuatkesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupuHayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yangserba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara dikampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementaramenunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran denganbilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentangkampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannyayang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencaripekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmibekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannyacemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.
Sinopsis Bab 2
–
Kuli
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahanyang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amatpernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr.Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hatimenganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan pianoHayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yangberpangkat.Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmikerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari.Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusahamencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.
Sinopsis Bab 3
–
Piano
Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telahmelepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya.Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. AkhirnyaHayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatantanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kalidalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya.Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumahberhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dandia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya.Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah keranaHayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukangkebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap
You're reading a free preview.
Pages 2 to 10 are not shown in this preview.
Read the full version
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment