Tuesday, 2 August 2016

ulasan karya virus untuk zel

Cerpen virus untuk zel bagi saya mempunyai kekuatan yang tersendiri.cerpen ini tidak menggunakan bahasa yang terlalu tinggi.cerpen ini menggunakan bahasa yang ringkas tetapi mampu memancing emosi pembaca dan membawa pembaca hanyut berimaginasi tentang perjalanan cerita cerpen tersebut.bahasa yang ringkas bagi saya adalah tidak terlalu menggunakan bahasa yang bersifat sastera atau aras tinggi seperti pawana,prasasti,dan pasca hyang jarang didengari.jadi,pembaca mudah memahami dan menghayati cerpen ini. Latarbelakang watak utama cerpen dipaparkan secara menyelit.ia tidaklah terlalu diceritakan secara terus di permulaan cerita tetapi diselitkan di pertengahan cerita.misalnya latarbelakang mama dan abah zel yang berbeza tahap kedudukan social diceritakan di tengah jalan cerita.bagi saya,watak zel,mama,abah dan keluarga tiri zel dikembangkan dengan baik.pembaca dapat membayangkan karakter watak.misalnya,watak mama zel yang tidak berdendam dan sentiasa positif dapat dirasai apabila penulis menunjukkan dialog mama ezel yang memberi nasihat kepada zel supaya buat baik kepada bapanya meskipun mama zel diceraikan.Watak-watak lain juga sangat baik dikembangkan.watak zel sendiri yang diceritakan latarbelakang akademiknya serta gaya tutur bahasanya. Jalan cerita cerpen ini juga tidak membosankan.cerita bermula dengan jiwa zel yang memberontak dan benci kepada ayah dan keluarga tirinya.pembaca dapat melihat dan merasai konflik jiwa yang zel alamai.selepas itu,pembaca disaji dengan latarbe lakang akademik zel yang membolehkan zel membalas dendam kepada mereka.zel bukan sahaja bijak malah mampu melakukan sesuatu terhadap ayahnya menggunakan kepakarannya.pembaca pasti ingin tahu lagi apa episode seterusnya dana pa kesudahannya kerana permulaannya yang baik dan telah Berjaya membawa pembaca merasai konflik yang zel alami.zel berdendam dengan ayahnya namun di kelelilingi oleh orang yang menasihatinya kepada kebaikan iaitu mama dan rakannya win. Biarpun begitu,bagi saya jalan cerita ini haruslah mempunyai banyak elemen saspen dan sarat dengan konflik supaya pembaca tidak bosan membaca.penulis haruslah mengetengahkan pergolakan antara zel dan keluarga tirinya dengan lebih kompleks supaya pembaca dapat melihat kebencian zel kepada keluarga tirinya.pembaca seolah-olah tidak cukup puas dengan paparan sikap antogonis keluarga tiri zel.penulis sepatutnya memaparkan suatu peristiwa yang dapat membuatkan pembaca merasai sikap antogonis kelaurga tiri zel.misalnya,memaparkan sikap abang tirinya yang mefitnah zel melakukan sesuatu yang buruk atau sikap ibutirinya yang sentiasa merendah-rendahkannya.kegagalan penulis bukanlah bersifat major sehingga membuatkan cerpen ini gagal tetapi masih boleh diperbaiki. Cerpen ini juga menggunakan tema teknologi iaitu virus dan teknologi computer.bagi saya ia sesuatu yang unik dan berbeza.berbeza dengan cerita melayu tradisi yang menggunakan elemen memfitnah,menganiaya,dan mendera sebagai agen membalas dendam tetapi cerpen ini ada kelainan kerana menggunakan isu teknologi.zel menggunakan virus untuk membalas dendam kepada ayahnya.saya sebagai pembaca amat risau jika zel benar-benar menghantar virus kepada ayahnya. Klimaks cerpen ini berada dipenghujungya.cerita bermula secara mendatar dan mula menunjukkan konflik sedikit demi sedikit dan berakhir dengan klimaks dimana zel teringatkan mamanya sehingga zel tidak memutuskan untuk menghantar virus tersebut.pembaca dapat merasai kesan ingatan zel kepada mamanya sehingga zel berubah fikiran.sikap mama zel yang murni Berjaya digarap dengan baik sehingga pembaca dapat memahami kenapa zel boleh berubah fikiran daripada negative kepada psistif apabila teringatkan mamanya.hal ini kerana penulis Berjaya menggambarkan sikap mamanya yang sentiasa positif dan memaafkan. Watak ibu tiri zel pula kurang dikembangkan.hal ini kerana bagi saya ibutiri zel adalah watak penting.ia patut dikembangkan dan diceritakan sikapnya agar pembaca dapat melihat perbezaan sikap ibutiri zel dan mama zel.mungkin pembaca dapat melihat wajarkah zel berdendam dengan mereka.watak ibutiri zel kurang dirasai mungkin bukan kerana watak utama.penulis lebih tertumpu kepada mama zel,ayah zel dan zel. Walaubagaimanapun,elemen konflik,pergolakan dalam cerpen ini wujud dengan baik apabila penulis menceritakan perbezaan tahap kedudukan social mama zel dan ayah zel,sikap abang tiri zel yang seolah tidak menyenangi pencapaian zel dalam akademik,sikap ayah zel yang digambarkan berat sebelah,sikap murni mama zel yang berbeza daripada wanita lain,serta kepintaran zel dalam teknologi yang digunakan untuk membalas dendam.elemen konflik dalm cerpen ini berjaya dirasai oleh pembaca melalui keriteria diatas dan pembaca dapat melihat pergolakan sebuah keluarga yang berpecah.

No comments:

Post a Comment